Tuesday 8 November 2011

Jangan Bersedih...Pesanan ini buatmu..


GILIRAN SAYA MEMOTIVASIKAN KAMU...

Ketahuilah kehidupan ini sangat indah. Walaupun ada waktu kita ditimpa musibah dan masalah, kita tidak pernah keseorangan untuk menghadapinya. Percayalah, bahawa terdapat beberapa orang di dalam dunia ini yang sangat menyayangi dan sanggup mati kerana kita.Siapakah beberapa orang itu? Entahlah. Tetapi percayalah, setiap malam sebelum  kita melelapkan mata, ingatlah selalu bahawa ada beberapa orang sedang merindui dan menyayangi kita, mendoakan keselamatan kita, kesejahteraan hidup kita. Siapa dia? Entahlah. Mungkin dia adalah orang yang kita tidak kenal atau mungkin juga dia adalah orang yang kita tidak suka atau kita benci.
Percayalah bahawa ada beberapa keping hati yang sedang merindui kita. Kenapa dia menyayangi kita? Kita sendiri tidak tahu. Mungkin kita sangat hebat di mata dan istimewa di hatinya tanpa pengetahuan kita pun.
Ketika kita di dalam kesedihan, jangan sesekali kita menganggap kehidupan ini adalah penuh penderitaan. Walaupun pelbagai ujian datang menimpa, kenanglah semula orang-orang yang menyayangi diri kita.Ketika kita merasakan seperti tiada apa-apa di dunia ini yang boleh kita banggakan, sebenarnya kita lupa di luar sana ada ramai orang yang berbangga dengan kita, menghargai diri kita. Kita sememangnya tidak pernah keseorangan.

Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)


Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.


http://www.iluvislam.com/


note: a good advise for me and everyone...tabahkan hati dan bersihkan hati. May Allah swt bless us always. Amin

p/s :: aku tetap menjadi aku. sedia untuk temani kamu CINTA...

No comments:

Post a Comment